Aku nak mintak barang-barang aku
Barang-barang yang aku beri, dan
Paling penting Cincin tu
Memang tiada harga
Namun ia bermakna
Tersimpan segala suka lara
Antara aku, sebelom kau dan kau sendiri
Cincin yang aku mahu
Cincin untuk si bakal halalku
Aku mahukan Cincin itu
Pernah aku minta
Kau buat tak endah
Dengan angkuh "Itu hak aku"
Aku dah terang mengapa aku perlu
Masih lagi kau buat tak tahu
Mari aku ulang sekali lagi
Cincin itu aku beri ketika kita bersama
Dengan harapan kau akan jadi yang halal
Hanya untukku
Namun bukan jodoh kita
Kembalikan Cincin itu
Kerna kau sudah punya yang lain
Biar aku sendiri menyimpan
Segala kenangan
Cincin itu
No comments:
Post a Comment