Monday, 30 September 2013

Mencari Identiti

Tika ini,
Aku masih mencari
Siapa diri ini
Siapa disebalik topi itu
Siapa dia gerangan aku

Aku bukan untuk dibangga
Aku juga bukan untuk dihina
Aku hanya insan biasa
Punya perangai hina
Punya peribadi sederhana

Kesilapan yang berkali-kali
Telah merubah persepsi
Telah menghitamkan diri sendiri
Telah dicemar dan dicaci

Aku masih disini
Menganalisa segala maklumat
Maklumat diri sendiri
Maklum balas dari orang sekeliling
Demi aku ingin
Mencari suatu identiti

Identiti untuk diri sendiri
Melenyapkan siapa aku yang dulu
Melupakan kejadian itu

Bermula dengan nafas baru
Walau aku lambat
Biarkan aku

Kerna aku mahu
Ianya berpanjangan
Kerna apa yang aku takuti
"Ianya mengikut musim"
Itu paling aku takuti
Moga DIA ada memerhati gerak geri ku

No comments:

Post a Comment