Coretan Orange
Monday, 7 October 2013
Cabaran Isnin
Monday blues katanya
Macam aku pulak
Alhamdulilah I'm excited
Yesterday got event kat Angsana
Meet my beloved chemistry
Meet her future fiancee
Meet her colleague also
Sesungguhnya aku rasa bahagia
Dorang berjaya buat aku gembira
Walau kenal sekejap
Mereka mudah didekati
Lagipon mereka dikenali ramai
Tiada rasa janggal barangkali
Aku yang teruja lebih
Bagai manusia jakun
Namun hati amat sayu
Aku biarkan dia seketika
Hari makin meninggi
Aku semakin tak keruan
Hati sungguh gelisah
Walau aku tahu punca
Aku tetap tahan hati
"Jangan kau berderai"
Rupanya aku disalah tafsir
Untuk yang sekian kali
Aku pon tak mampu kira
Ejekan syaitan diikut
Tercetus perang kata
Kerna ikutkan nafsu
Air mata berjujuran
Terbawa hingga ke sujud
Aku benar-benar sedih
Kecewa, rapuh, terasa hati,
Aku berikan penjelasan
Bagai mencurah ke daun keladi
Diam aku mengeluh
"kenapa kau begini?"
Ini kesilapan aku sendiri
Aku akui, bukan untuk tagih simpati
Tiada apa perlu aku gaduhkan lagi
Hanya kenangan yang tinggal
Dia setia bersamamu
Tanpa perlu kau menagih
Aku perlukan kekuatan
Kekuatan hati
Kesabaran jiwa
Demi menjaga diri sendiri
Sunday, 6 October 2013
Kusut
Friday, 4 October 2013
Bermula Nafsu Berakhir Dendam
Tunggu
Khabar
Wednesday, 2 October 2013
Jelly
Pasti rasa kepingin
Hajat ingin merasa
Tapi realiti tak mengizinkan
Hari ini
Jelly hadir
Tatkala mengambil tahu
Perit terasa
Pedih menikam
Ngilu benar rasanya
Duhai hati
Bersabarlah sayang
Kita mampu perhati
Kita cuba menyangka
Mungkin bukan sekarang
Mungkin juga nanti
DIA telah mengatur
Tatkala ini bertahan ya..
Teruskan sahaja
Teguhkan sahaja
Pasti punya ganjaran
Bagi mereka yang tahan
Aku butuh jawapan
Jawapan untuk jiwa
Jelly ini amat pedih
Jelly ini menganggu
Nyahlah kau
Aku tak mampu
Datang untuk lara
Aku tiada daya
hambar rasa, bila cemburu bertamu....
Lambat
Bersandar aku dikerusi
Minda ku terbang menerawang
Teringat kisah semalam
Pesan itu dan ini
Terngiang-ngiang
Banyak sungguh arahan
Bak mendapat arahan perang
Bertubi-tubi asakan lawan
Selagi mampu aku turutkan
Soalan dituju
Minta penjelasan
"Apa definisimu kebebasan mutlak?"
Beri aku ruang
Jangan sering halang
Jangan asyik mengkritik
Biar aku jatuh
Itu untuk pengalaman
"Apa guna aku, andai aku perlu lihat saja?"
Kau pemberi semangat
Kau sering ada untuk ku
Itu cukup bahagia
Aku sedar
Tiada kesan semua itu
Terlalu lambat
Amat lewat
Kata-kataku mati disitu
Aku tiada kata
Terasa beban
Amat besar peristiwa itu
Hingga kini dia terkesan
Iblis berbisik
"Mungkin ini drama, untuk simpati"
Aku sedikit termakan bisikan itu
Lalu aku bersuara
"How i iwish i can believe you when what i see is way different"
Dia tersentak senyuman terukir
"Siapa mahu kembali pada takuk lama bukan?"
Aku terkedu
Aku disembur halus