Friday, 4 October 2013

Khabar

Awal bhai tutop gerai
1.45pm sudah berkemas
"cabot.. cabot.." katanya girang
Babat turuti rakan seperjuangan

Aku juga minta diri
Mahu ke pejabat berkanun
Hantar dokumen yang diminta
Pekerja syarikatku
Alami celaka
Hampir putus jarinya

Selesai urusan disana
Aku singgah bayar hutang
Pelik mereka dengan aku
Aku abaikan
"Mind your own"

Bila mahu berangkat pulang
Notifikasi aku berbunyi
Hairan
Sekian lama tidak berbunyi

Diperiksa notikasinya
Eh?!
Adiknya memberi salam
Salam disambut

Rupanya mahu meminta bantuan
Tiada masalah
Adikku juga jual barang yang sama
Setelah diambil pesanan
Janji pasti juga dimeterai

Adiknya mohon izin bertanya
"Mcm mn life" soalnya
Aku terkedu gemuruh ku tiba
Aku beritahu apa termampu
Keburukan ku tidak ku selindung
Kerna sudah terbuka sekian lama

Perbualan kami meleret
Sehingga cerita hal Mama
Owh
Hampir luluh jantungku
Orang yang dirindu

Keletahnya bisa cetus tawa
Celotehnya sungguh comel
Kecekapannya di dapur
Tiada siapa berani tanding

Adiknya mahu membantu
Bantu aku jumpa Mama
Tapi sudah kupesan
Bimbang si abang mengarok

Beriya-iya adiknya meyakinkan
Antara rindu + janji
Aku belah bagi
Buntu

Lewat petang
Adiknya beritahu
Mama tak sihat
Sering demam
Aku bertambah gusar

Pesanan telah dititip
Harap Mama cepat sembuh

Maafkan segala kesilapan
Aku wanita tak layak
Untuk menumpang
Kasih & sayang darimu

=================================================================================


No comments:

Post a Comment