Wednesday, 2 October 2013

Lambat

Bersandar aku dikerusi
Minda ku terbang menerawang
Teringat kisah semalam
Pesan itu dan ini
Terngiang-ngiang

Banyak sungguh arahan
Bak mendapat arahan perang
Bertubi-tubi asakan lawan
Selagi mampu aku turutkan

Soalan dituju
Minta penjelasan
"Apa definisimu kebebasan mutlak?"
Beri aku ruang
Jangan sering halang
Jangan asyik mengkritik
Biar aku jatuh
Itu untuk pengalaman

"Apa guna aku, andai aku perlu lihat saja?"
Kau pemberi semangat
Kau sering ada untuk ku
Itu cukup bahagia

Aku sedar
Tiada kesan semua itu
Terlalu lambat
Amat lewat

Kata-kataku mati disitu
Aku tiada kata
Terasa beban
Amat besar peristiwa itu
Hingga kini dia terkesan

Iblis berbisik
"Mungkin ini drama, untuk simpati"
Aku sedikit termakan bisikan itu
Lalu aku bersuara
"How i iwish i can believe you when what i see is way different"
Dia tersentak senyuman terukir
"Siapa mahu kembali pada takuk lama bukan?"
Aku terkedu
Aku disembur halus

No comments:

Post a Comment