Tuesday, 1 October 2013

Percubaan

Dalam rasa berbelah bagi
Ditemani pautan lagu
Aku kuatkan diri
Mengarang ayat
Mencari bahan
Mencuba

Akhirnya
Terhasil sesuatu
Harap tidak dicemuh
Harap tidak dituduh mengada
Benar-benar rasa keliru

Aku cuba hantar sebentar lagi
Selepas membayar hutang
Moga aku berhasil
Tiada harapan tinggi
Kerna takut disalah erti




No comments:

Post a Comment