Tuesday, 1 October 2013

Bicara

Pesan dia berubah
Pesan dia kejar
Pesan dia berusaha
Pesan dia jangan mengalah
Pesan dia "He's your soul mate"
Aku sinis

Pesan dia jangan melukai lagi
Pesan dia jangan ambil mudah
Pesan dia jangan ego
Aku tunduk

Aku tarik nafas dalam
Aku kumpul kekuatan
Aku cuba susun ayat

Jawapan aku andai DIA izinkan
Jawapan aku jauhnya kedepan
Jawapan aku lelahnya aku merasa
Jawapan aku perlu undur setapak
Jawapan aku "Not anymore, enough"
Dia sinis

Jawapan aku satu masa
DIA temukan aku
Akan aku usaha untuk tidak

Tidak melukai hatinya
Tidak memandang remeh
Tidak akan berbangga diri

Aku tidak mahu cinta itu disia-sia
Aku sendiri mengalaminya kini
Setelah mereka aku buat begitu
Akhirnya aku terima padahnya

Dia akui
Tiada apa antara mereka
Gadis hanya berkawan
Kerna keselesaan bicara
Kerna keterbukaan seloka
Kerna gadis seperti aku
Punya bekas yang didamba

Aku balas
Beza aku dengan keputusan
Keputusan yang ada noktah
Seinci tidak aku berganjak

Biar apa yang dia kata
Bukan mudah aku percaya
Kerna kata-kata tiada makna
Bila tingkah mengambil tempat

Aku bertanya
Kenapa tiba-tiba?
Dia jawab
Dia memohon pada DIA
Hadir aku dalam mimpinya

Aku terpana
Dia juga aku beratkan
Bisik hatiku

Namun
Jawapan dia sedikit membunuh
"Jangan tunggu dirinya, Dia kan pergi.."
Aku diam
Seraya air mata mengalir
"Adakah ini dugaan?"





x....kami bisu tiada pengakhiran....x

No comments:

Post a Comment