Friday, 4 October 2013

Bermula Nafsu Berakhir Dendam

Kau dan dia
Mula bahagia
Mula kenal
Mula dekat
Lebih dekat
Hangat

Kau dan dia
Rencana dunia berdua
Lupa semua
Demi serakah berdua

Tanpa kau sedar
Dia mulai tumbuh
Perasaan sayang & cinta
Namun kau tidak endah

Kau angkuh
Kau anjingkan dia
Kau pijak-pijak hatinya
Dia tetap sayang cinta kau

Kau mula rencana dendam
Dendam dari dia
Kau pergi tinggalkan dia
Di tepi jalan tanpa apa

Kau kejar materialisasi
Kau makin sesat
Kau tak endah
Kau turut serakah

Dia merintih
Dia mengemis
Dia merayu
Kerna kau

Malam berlabuh
Nyamuk
Sejuk
Lapar
Dia tetap tunggu
Setia disitu

Dalam tunggu
Dia mundar-mandir
Mencari tinggalan
Logam bernilai

Semuanya untuk kau
Sedangkan kau
Persetankan dia
Kau sicelaka!

Makin lewat
Dia masih disitu
Dia didatangi seragam

Mereka salah sangka
Dia menunggu
Dia dituduh sampah
Dia dipukul
Sebelum dihantar pulang

Seksa hanya dia tahu
Hanya dia rasa
Dari situ dia bermula
Ini bukan pengakhiran!

Walau jutaan maaf
Walau bergelen air mata darah
Walau kau merayu
Walau kau melutut

Dia tak kan pernah lupa
Dendam terhadap sipunca
Dendam yang hanya masa tentukan
Dendam yang pasti direalisasikan

Dia pastikan kau ada
Kau merasa apa yang dirasa
Dia mahu kau tahu
Perasaan dia waktu itu

Kau bisa kata apapun
Kau tiada ditempatnya
Kau tiada dalam kondisinya
Walau kau cuba, tidak sama

Akan tiba waktunya
Kau perlu bersedia
Sedia terima akibat
Dendam dia yang kau mulakan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Post a Comment