Monday, 7 October 2013
Cabaran Isnin
Monday blues katanya
Macam aku pulak
Alhamdulilah I'm excited
Yesterday got event kat Angsana
Meet my beloved chemistry
Meet her future fiancee
Meet her colleague also
Sesungguhnya aku rasa bahagia
Dorang berjaya buat aku gembira
Walau kenal sekejap
Mereka mudah didekati
Lagipon mereka dikenali ramai
Tiada rasa janggal barangkali
Aku yang teruja lebih
Bagai manusia jakun
Namun hati amat sayu
Aku biarkan dia seketika
Hari makin meninggi
Aku semakin tak keruan
Hati sungguh gelisah
Walau aku tahu punca
Aku tetap tahan hati
"Jangan kau berderai"
Rupanya aku disalah tafsir
Untuk yang sekian kali
Aku pon tak mampu kira
Ejekan syaitan diikut
Tercetus perang kata
Kerna ikutkan nafsu
Air mata berjujuran
Terbawa hingga ke sujud
Aku benar-benar sedih
Kecewa, rapuh, terasa hati,
Aku berikan penjelasan
Bagai mencurah ke daun keladi
Diam aku mengeluh
"kenapa kau begini?"
Ini kesilapan aku sendiri
Aku akui, bukan untuk tagih simpati
Tiada apa perlu aku gaduhkan lagi
Hanya kenangan yang tinggal
Dia setia bersamamu
Tanpa perlu kau menagih
Aku perlukan kekuatan
Kekuatan hati
Kesabaran jiwa
Demi menjaga diri sendiri
Sunday, 6 October 2013
Kusut
Friday, 4 October 2013
Bermula Nafsu Berakhir Dendam
Tunggu
Khabar
Wednesday, 2 October 2013
Jelly
Pasti rasa kepingin
Hajat ingin merasa
Tapi realiti tak mengizinkan
Hari ini
Jelly hadir
Tatkala mengambil tahu
Perit terasa
Pedih menikam
Ngilu benar rasanya
Duhai hati
Bersabarlah sayang
Kita mampu perhati
Kita cuba menyangka
Mungkin bukan sekarang
Mungkin juga nanti
DIA telah mengatur
Tatkala ini bertahan ya..
Teruskan sahaja
Teguhkan sahaja
Pasti punya ganjaran
Bagi mereka yang tahan
Aku butuh jawapan
Jawapan untuk jiwa
Jelly ini amat pedih
Jelly ini menganggu
Nyahlah kau
Aku tak mampu
Datang untuk lara
Aku tiada daya
hambar rasa, bila cemburu bertamu....
Lambat
Bersandar aku dikerusi
Minda ku terbang menerawang
Teringat kisah semalam
Pesan itu dan ini
Terngiang-ngiang
Banyak sungguh arahan
Bak mendapat arahan perang
Bertubi-tubi asakan lawan
Selagi mampu aku turutkan
Soalan dituju
Minta penjelasan
"Apa definisimu kebebasan mutlak?"
Beri aku ruang
Jangan sering halang
Jangan asyik mengkritik
Biar aku jatuh
Itu untuk pengalaman
"Apa guna aku, andai aku perlu lihat saja?"
Kau pemberi semangat
Kau sering ada untuk ku
Itu cukup bahagia
Aku sedar
Tiada kesan semua itu
Terlalu lambat
Amat lewat
Kata-kataku mati disitu
Aku tiada kata
Terasa beban
Amat besar peristiwa itu
Hingga kini dia terkesan
Iblis berbisik
"Mungkin ini drama, untuk simpati"
Aku sedikit termakan bisikan itu
Lalu aku bersuara
"How i iwish i can believe you when what i see is way different"
Dia tersentak senyuman terukir
"Siapa mahu kembali pada takuk lama bukan?"
Aku terkedu
Aku disembur halus
Tuesday, 1 October 2013
Bicara
Pesan dia kejar
Pesan dia berusaha
Pesan dia jangan mengalah
Pesan dia "He's your soul mate"
Aku sinis
Pesan dia jangan melukai lagi
Pesan dia jangan ambil mudah
Pesan dia jangan ego
Aku tunduk
Aku tarik nafas dalam
Aku kumpul kekuatan
Aku cuba susun ayat
Jawapan aku andai DIA izinkan
Jawapan aku jauhnya kedepan
Jawapan aku lelahnya aku merasa
Jawapan aku perlu undur setapak
Jawapan aku "Not anymore, enough"
Dia sinis
Jawapan aku satu masa
DIA temukan aku
Akan aku usaha untuk tidak
Tidak melukai hatinya
Tidak memandang remeh
Tidak akan berbangga diri
Aku tidak mahu cinta itu disia-sia
Aku sendiri mengalaminya kini
Setelah mereka aku buat begitu
Akhirnya aku terima padahnya
Dia akui
Tiada apa antara mereka
Gadis hanya berkawan
Kerna keselesaan bicara
Kerna keterbukaan seloka
Kerna gadis seperti aku
Punya bekas yang didamba
Aku balas
Beza aku dengan keputusan
Keputusan yang ada noktah
Seinci tidak aku berganjak
Biar apa yang dia kata
Bukan mudah aku percaya
Kerna kata-kata tiada makna
Bila tingkah mengambil tempat
Aku bertanya
Kenapa tiba-tiba?
Dia jawab
Dia memohon pada DIA
Hadir aku dalam mimpinya
Aku terpana
Dia juga aku beratkan
Bisik hatiku
Namun
Jawapan dia sedikit membunuh
"Jangan tunggu dirinya, Dia kan pergi.."
Aku diam
Seraya air mata mengalir
"Adakah ini dugaan?"
x....kami bisu tiada pengakhiran....x
Syukur
Wajah
Bahang bukan tika ini?
Aku masih berpeluh-peluh
Duduk dibawah kipas
Aku pulas ke angka dua
Cepatlah sejuk badan
Aku masih tak percaya
Aku masih tidak puas
Menatap wajah dia
Wajah yang sekian lama ku rindu
Wajah yang mampu ku lihat di beri hitam
Wajah yang dulu bisa buat aku hangin
Wajah yang dulu aku bentak-bentak sahaja
Wajah yang selalu menjadi penghibur
Wajah yang berusaha menawan ku
Wajah yang sering menerjah tika malam
Wajah nerdnya
Awal tadi
Dia menyapa
Bertanya khabar
Aku membalas dengan tenang
Tidak mahu dilabel "terdesak"
Aku
Membalas permintaannya
Katanya lapar
Mahu aku belanja makanan segera
Aku bilang sebentar
Dia terus padamkan niat itu
Ayat pancing memancing
Akhirnya dia akur
Aku ambil diterataknya
Setiba bertemu
Banyak perubahan dia
Makin susut
Muka sungguh serabut
Apa sedang berlaku?
Aku pandu saja tanpa suara
Pesan, bayar dan makan
Masing-masing kurang bicara
Mata melirik seakan ingin berkata
Namun kelu lidah tiada kata
Aku curi-curi pandang
Aku tatap wajah dia
Aku berdoa
Moga dia
Hanya dia
Bisik hatiku
×amat tidak mampu teruskan, aku perlu melelap mata... harap aku ditemani wajah itu...×
Percubaan
Ditemani pautan lagu
Aku kuatkan diri
Mengarang ayat
Mencari bahan
Mencuba
Akhirnya
Terhasil sesuatu
Harap tidak dicemuh
Harap tidak dituduh mengada
Benar-benar rasa keliru
Aku cuba hantar sebentar lagi
Selepas membayar hutang
Moga aku berhasil
Tiada harapan tinggi
Kerna takut disalah erti