Monday, 7 October 2013

Cabaran Isnin

Biasanya isnin mesti orang boring
Monday blues katanya
Macam aku pulak
Alhamdulilah I'm excited

Yesterday got event kat Angsana
Meet my beloved chemistry
Meet her future fiancee
Meet her colleague also

Sesungguhnya aku rasa bahagia
Dorang berjaya buat aku gembira
Walau kenal sekejap
Mereka mudah didekati

Lagipon mereka dikenali ramai
Tiada rasa janggal barangkali
Aku yang teruja lebih
Bagai manusia jakun

Namun hati amat sayu
Aku biarkan dia seketika
Hari makin meninggi
Aku semakin tak keruan

Hati sungguh gelisah
Walau aku tahu punca
Aku tetap tahan hati
"Jangan kau berderai"

Rupanya aku disalah tafsir
Untuk yang sekian kali
Aku pon tak mampu kira
Ejekan syaitan diikut

Tercetus perang kata
Kerna ikutkan nafsu
Air mata berjujuran
Terbawa hingga ke sujud

Aku benar-benar sedih
Kecewa, rapuh, terasa hati,
Aku berikan penjelasan
Bagai mencurah ke daun keladi

Diam aku mengeluh
"kenapa kau begini?"
Ini kesilapan aku sendiri
Aku akui, bukan untuk tagih simpati

Tiada apa perlu aku gaduhkan lagi
Hanya kenangan yang tinggal
Dia setia bersamamu
Tanpa perlu kau menagih

Aku perlukan kekuatan
Kekuatan hati
Kesabaran jiwa
Demi menjaga diri sendiri



Sunday, 6 October 2013

Kusut

Aku xtau cara blog nie berfungsi, tapi aku ada blog nie sbb aku hanya nak menaip sampah & nak luah ape yang aku rasa.. SEBAB??? - kat burung biru & bukumuka xboleh dah nak cite apa2 psl aku / perasaan aku.. akan ada orang terasa & tak semena-mena aku jugak kena bahasa & kena benci!

BENCI - sebab rasa tergugat dengan apa yang aku luahkan, to honest, aku yang rugi semua.. aku yang hilang semua.. so untuk yang dapat semua & punya semua, apa lagi kau nak iri? walau apa yang aku luah / ulang luah, it definitely got nothing with u, but if those are fit you. why must bother? you've got nothing to loose kan? you must be bless on the thing happen right now.. 

DRAMA - terlalu sangat, aku hanya pembaca, penonton & pengintip dalam diam.. aku tak ada masalah apa pon walau hati aku jahanam, koyak, berderai, & ya. tak de orang kesah.. semua ada rasa untuk luah.. dan itu hak individu.. tapi untuk tak nak keruhkan masaalah yang tah mana datang, aku decide buat blog ni..

TAHU - apa yang aku tahu dengan apa yang aku baca, itu adalah maklumat yang sering aku kaji serta pertimbangkan untuk aku sendiri buat satu kesimpulan untuk setiap yang berlaku. So I'm expecting something to happen even the expectation hurt.. Anyway it's life.. without pain your consider been blessing, but with all blessing sometime people tent to be so arrogant.. so i don't want to be arrogant... mintak jauh... sebab itu perangai aku dahulu dan aku tak nak ia datang balik.

LESSON - kau ajar aku segalanya, dan ya segala apa kesalahan yang aku buat sebelum ini terhadap kau untuk apa kau jaja lagi?.. kau bahagia dengan apa yang kau ada.. kau canang kebahagiaan kau, kau canang segala, kau tahu aku baca segala.. maka untuk apa kau jaja keaiban aku lagi? lepas jaja kau padam. Selepas orang yang kau puja marah?.. apa semua itu?.. kau kata "aku dengar didepannya, namun aku adalah manusia yang tidak mendengar kata sesiapa" dengan angkuh kau bilang pada aku. Dimana pendirian dirimu yang kau ingin pertahankan?.. kau kata aku pijak pendirian kau, kau menegakkan pendirian kau, tapi kenapa kini segala berubah?.. kau mahu tahu? aku mampu menilai beberapa perkara:-

a) kau masih tidak mungkin lupakan apa yang pernah berlaku dalam hidup kau bersama aku. kerna itu kau masih dibayangi dan masih berdendam dengan diri aku.
b) aku mampu melihat peribadi aku dalam diri dia, cuma bezanya peribadi jahat dia tiada. dia sempurna kejadiannya, dari segala segi luaran mahupun dalaman. kau benar beruntung.
c) kau kata mahu lari dari sini, tapi seandainya perkiraan aku benar, kau dan dia akan berhijrah ke kota besar keluar dari bandar ini. kerna kau takut ancaman dari aku. pelik benar kenapa kau perlu lari dari bayang kau sendiri sedangkan tiada siapa kejar diri kau mahupun bayang kau.

DOA - hanya itu yang aku mampu lakukan, kalau itu ketentuan dari DIA, aku harap aku diberi kekuatan untuk semua menghadapi segala dugaan dan pancaroba dunia.

*keadaan aku tidak begitu baik.. begitu lemah, namun aku gagahkan semua.. cuba untuk tersenyum.. KEMBALI*

Friday, 4 October 2013

Bermula Nafsu Berakhir Dendam

Kau dan dia
Mula bahagia
Mula kenal
Mula dekat
Lebih dekat
Hangat

Kau dan dia
Rencana dunia berdua
Lupa semua
Demi serakah berdua

Tanpa kau sedar
Dia mulai tumbuh
Perasaan sayang & cinta
Namun kau tidak endah

Kau angkuh
Kau anjingkan dia
Kau pijak-pijak hatinya
Dia tetap sayang cinta kau

Kau mula rencana dendam
Dendam dari dia
Kau pergi tinggalkan dia
Di tepi jalan tanpa apa

Kau kejar materialisasi
Kau makin sesat
Kau tak endah
Kau turut serakah

Dia merintih
Dia mengemis
Dia merayu
Kerna kau

Malam berlabuh
Nyamuk
Sejuk
Lapar
Dia tetap tunggu
Setia disitu

Dalam tunggu
Dia mundar-mandir
Mencari tinggalan
Logam bernilai

Semuanya untuk kau
Sedangkan kau
Persetankan dia
Kau sicelaka!

Makin lewat
Dia masih disitu
Dia didatangi seragam

Mereka salah sangka
Dia menunggu
Dia dituduh sampah
Dia dipukul
Sebelum dihantar pulang

Seksa hanya dia tahu
Hanya dia rasa
Dari situ dia bermula
Ini bukan pengakhiran!

Walau jutaan maaf
Walau bergelen air mata darah
Walau kau merayu
Walau kau melutut

Dia tak kan pernah lupa
Dendam terhadap sipunca
Dendam yang hanya masa tentukan
Dendam yang pasti direalisasikan

Dia pastikan kau ada
Kau merasa apa yang dirasa
Dia mahu kau tahu
Perasaan dia waktu itu

Kau bisa kata apapun
Kau tiada ditempatnya
Kau tiada dalam kondisinya
Walau kau cuba, tidak sama

Akan tiba waktunya
Kau perlu bersedia
Sedia terima akibat
Dendam dia yang kau mulakan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tunggu

Usaha sudah diikhtiarkan
Atas hamparan ku panjatkan
Moga hanya dia, atau
Bukan dia
Aku pasrah, tabah

Berat hati pada dia
Namun
Hati amat memahami
Kondiri realiti

Dia akan pergi
Antara ikatan kasih atau kerjaya
Dia akan pergi
Jauh dari aku

Beribu penyesalan
Datang bertamu
Disalah hingga kini
Aku mampu pejam mata

"Tuhan bantu aku.."
"Aku cinta Dia"
"Satukan kami Tuhan"
Rayu aku
Titisan jernih membasahi

Penyesalan kini
Tiada makna
Aku butuh kaca bukan?
Rasalah aku hirisan kaca

Diberi tangan kanan
Aku sambut tangan kiri
Rasakan akibatnya
Akibat kebodohan sendiri

Aku masih tanam
Tanam harapan
Aku akan tunggu
Hingga pengakhiran

Biar apa terjadi
Aku cuba ada
Untuk dia, hanya dia
Aku mahu hati kecilnya itu
Disitu ia bermula

Khabar

Awal bhai tutop gerai
1.45pm sudah berkemas
"cabot.. cabot.." katanya girang
Babat turuti rakan seperjuangan

Aku juga minta diri
Mahu ke pejabat berkanun
Hantar dokumen yang diminta
Pekerja syarikatku
Alami celaka
Hampir putus jarinya

Selesai urusan disana
Aku singgah bayar hutang
Pelik mereka dengan aku
Aku abaikan
"Mind your own"

Bila mahu berangkat pulang
Notifikasi aku berbunyi
Hairan
Sekian lama tidak berbunyi

Diperiksa notikasinya
Eh?!
Adiknya memberi salam
Salam disambut

Rupanya mahu meminta bantuan
Tiada masalah
Adikku juga jual barang yang sama
Setelah diambil pesanan
Janji pasti juga dimeterai

Adiknya mohon izin bertanya
"Mcm mn life" soalnya
Aku terkedu gemuruh ku tiba
Aku beritahu apa termampu
Keburukan ku tidak ku selindung
Kerna sudah terbuka sekian lama

Perbualan kami meleret
Sehingga cerita hal Mama
Owh
Hampir luluh jantungku
Orang yang dirindu

Keletahnya bisa cetus tawa
Celotehnya sungguh comel
Kecekapannya di dapur
Tiada siapa berani tanding

Adiknya mahu membantu
Bantu aku jumpa Mama
Tapi sudah kupesan
Bimbang si abang mengarok

Beriya-iya adiknya meyakinkan
Antara rindu + janji
Aku belah bagi
Buntu

Lewat petang
Adiknya beritahu
Mama tak sihat
Sering demam
Aku bertambah gusar

Pesanan telah dititip
Harap Mama cepat sembuh

Maafkan segala kesilapan
Aku wanita tak layak
Untuk menumpang
Kasih & sayang darimu

=================================================================================


Wednesday, 2 October 2013

Jelly

Umpama tak dapat gula-gula
Pasti rasa kepingin
Hajat ingin merasa
Tapi realiti tak mengizinkan

Hari ini
Jelly hadir
Tatkala mengambil tahu
Perit terasa
Pedih menikam
Ngilu benar rasanya

Duhai hati
Bersabarlah sayang
Kita mampu perhati
Kita cuba menyangka

Mungkin bukan sekarang
Mungkin juga nanti
DIA telah mengatur
Tatkala ini bertahan ya..

Teruskan sahaja
Teguhkan sahaja
Pasti punya ganjaran
Bagi mereka yang tahan

Aku butuh jawapan
Jawapan untuk jiwa
Jelly ini amat pedih
Jelly ini menganggu

Nyahlah kau
Aku tak mampu
Datang untuk lara
Aku tiada daya



hambar rasa, bila cemburu bertamu....

Lambat

Bersandar aku dikerusi
Minda ku terbang menerawang
Teringat kisah semalam
Pesan itu dan ini
Terngiang-ngiang

Banyak sungguh arahan
Bak mendapat arahan perang
Bertubi-tubi asakan lawan
Selagi mampu aku turutkan

Soalan dituju
Minta penjelasan
"Apa definisimu kebebasan mutlak?"
Beri aku ruang
Jangan sering halang
Jangan asyik mengkritik
Biar aku jatuh
Itu untuk pengalaman

"Apa guna aku, andai aku perlu lihat saja?"
Kau pemberi semangat
Kau sering ada untuk ku
Itu cukup bahagia

Aku sedar
Tiada kesan semua itu
Terlalu lambat
Amat lewat

Kata-kataku mati disitu
Aku tiada kata
Terasa beban
Amat besar peristiwa itu
Hingga kini dia terkesan

Iblis berbisik
"Mungkin ini drama, untuk simpati"
Aku sedikit termakan bisikan itu
Lalu aku bersuara
"How i iwish i can believe you when what i see is way different"
Dia tersentak senyuman terukir
"Siapa mahu kembali pada takuk lama bukan?"
Aku terkedu
Aku disembur halus

Tuesday, 1 October 2013

Bicara

Pesan dia berubah
Pesan dia kejar
Pesan dia berusaha
Pesan dia jangan mengalah
Pesan dia "He's your soul mate"
Aku sinis

Pesan dia jangan melukai lagi
Pesan dia jangan ambil mudah
Pesan dia jangan ego
Aku tunduk

Aku tarik nafas dalam
Aku kumpul kekuatan
Aku cuba susun ayat

Jawapan aku andai DIA izinkan
Jawapan aku jauhnya kedepan
Jawapan aku lelahnya aku merasa
Jawapan aku perlu undur setapak
Jawapan aku "Not anymore, enough"
Dia sinis

Jawapan aku satu masa
DIA temukan aku
Akan aku usaha untuk tidak

Tidak melukai hatinya
Tidak memandang remeh
Tidak akan berbangga diri

Aku tidak mahu cinta itu disia-sia
Aku sendiri mengalaminya kini
Setelah mereka aku buat begitu
Akhirnya aku terima padahnya

Dia akui
Tiada apa antara mereka
Gadis hanya berkawan
Kerna keselesaan bicara
Kerna keterbukaan seloka
Kerna gadis seperti aku
Punya bekas yang didamba

Aku balas
Beza aku dengan keputusan
Keputusan yang ada noktah
Seinci tidak aku berganjak

Biar apa yang dia kata
Bukan mudah aku percaya
Kerna kata-kata tiada makna
Bila tingkah mengambil tempat

Aku bertanya
Kenapa tiba-tiba?
Dia jawab
Dia memohon pada DIA
Hadir aku dalam mimpinya

Aku terpana
Dia juga aku beratkan
Bisik hatiku

Namun
Jawapan dia sedikit membunuh
"Jangan tunggu dirinya, Dia kan pergi.."
Aku diam
Seraya air mata mengalir
"Adakah ini dugaan?"





x....kami bisu tiada pengakhiran....x

Syukur

Syukur! aku masih disini!
Syukur! aku bernafas lagi!
Syukur! aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini!!

Bait-bait itu sungguh mengujakan
Aku terbuai dengan lirik mereka
Terkadang kita alpa
Namun syukur kita tidak lupa

Sempat juga aku membaca entry semalam
Takut pula ada kesilapan
Mahupun ayat tonggang terbalik
Almaklum,
Mencoret ketika mata meminta dibelai
Saat badan mohon dibaringkan
Akal mohon direhatkan
Hati pula ingin meluahkan
Benar-benar bercelaru tika itu

Harap benar semua ini ada noktah
Walau aku tahu bukan mudah
Bila berkait dengan hati
Bila berkait dengan perasaan
Bila berkait dengan sayang
Sibijak boleh jadi sibodoh
Sibodoh tak mustahil jadi sibenggap
Parah bukan?
Hadapi dengan senyuman
Walau ia hanya tiruan




Wajah

Bahang bukan tika ini?
Aku masih berpeluh-peluh
Duduk dibawah kipas
Aku pulas ke angka dua
Cepatlah sejuk badan

Aku masih tak percaya
Aku masih tidak puas
Menatap wajah dia
Wajah yang sekian lama ku rindu
Wajah yang mampu ku lihat di beri hitam
Wajah yang dulu bisa buat aku hangin
Wajah yang dulu aku bentak-bentak sahaja
Wajah yang selalu menjadi penghibur
Wajah yang berusaha menawan ku
Wajah yang sering menerjah tika malam
Wajah nerdnya

Awal tadi
Dia menyapa
Bertanya khabar
Aku membalas dengan tenang
Tidak mahu dilabel "terdesak"

Aku
Membalas permintaannya
Katanya lapar
Mahu aku belanja makanan segera
Aku bilang sebentar
Dia terus padamkan niat itu
Ayat pancing memancing
Akhirnya dia akur
Aku ambil diterataknya

Setiba bertemu
Banyak perubahan dia
Makin susut
Muka sungguh serabut
Apa sedang berlaku?
Aku pandu saja tanpa suara

Pesan, bayar dan makan
Masing-masing kurang bicara
Mata melirik seakan ingin berkata
Namun kelu lidah tiada kata

Aku curi-curi pandang
Aku tatap wajah dia
Aku berdoa
Moga dia
Hanya dia
Bisik hatiku

×amat tidak mampu teruskan, aku perlu melelap mata... harap aku ditemani wajah itu...×



Percubaan

Dalam rasa berbelah bagi
Ditemani pautan lagu
Aku kuatkan diri
Mengarang ayat
Mencari bahan
Mencuba

Akhirnya
Terhasil sesuatu
Harap tidak dicemuh
Harap tidak dituduh mengada
Benar-benar rasa keliru

Aku cuba hantar sebentar lagi
Selepas membayar hutang
Moga aku berhasil
Tiada harapan tinggi
Kerna takut disalah erti




Gugup

Tatkala petang menerjah
Hampir gugur jantungku
Tatkala aku melihat beri hitam
Nama dia yang tidak kusangka
Terpampar discreen itu
Tanpa kusedar
Aku tersenyum
Rasa bahagia dalam cemas

"Hello?"
"Hello..."
"Ya...?"
"Masih kat office?"
"A'ah, masih kat office.."
"Hurm.. oklah... bye"

Aku makin terbiasa
Biasa dengan keadaan itu
Tapi disuatu sudut
Aku mula mengaitkan
Adakah ini petanda?
Patutkah aku memulakan?
Adakah itu satu signal?
Aku mematikan persoalan itu

Aku bertanya pada DIA
Apa yang patut aku lakukan
Namun jawapan seakan
Berbelah-bagi
Mungkin bercampur aduk
Aku kurang pasti

Namun ketika entry ini disiapkan
Aku seperti mahu
Mahu memulakan
Mahu saja aku bikin invitation card
Saja untuk mencuba
Mana tahu berhasil

Kerna sejak dari hari itu
Kekretifan aku tiada jiwa
Segalanya seperti mati
Mati bersamanya

Ah... Gediknya Aku!
Buat atau tidak?
Hantar atau tidak?
Aku tiada jawapan


Monday, 30 September 2013

Hanya Aku

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku


----------------------------------------------------------------------
Hanya aku bersama kenangan itu
Kerna kebodohanku
Memilih kaca dari permata
Akhirnya aku sendiri

Pencuri

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

#C
Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu
Darjah satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Kau tertawa
Ku kembalinya padamu nanti
Kita berjanji
Sehidup semati

Aku suka kamu


*ya ini adalah lirik lagu,
aku suka kata-katanya,
kerna ia mengingatkan aku,
kata-katanya...
"U caught me with your cat eye, when u still young!"



Anjakan <====> Kenangan

Dapatku rasai perubahannya
Dapatku lihat perbezaannya
Ya, Aku...
Semakin tabah
Semakin murah senyum
Semakin menghargai hidup

Walau hakikat dihati ini
Hanya Aku & DIA yang tahu
Apakah semuanya telah tersurat?
Adakah masih ada ruang?
Mampukah aku hadapi?
Bersediakah Aku?

Keraguan membunuh motivasi
Akibat mengikut kehendak hati, kerna...
Hati itu nafsu
Nafsu itu syaitan

Jangan kita ditunggangi nafsu
Biar kita yang menunggang nafsu
Kepuasannya pasti tidak terungkap
Setelah kita berjaya mengawalnya

Biar masa tentukan
Tapi jangan asyik dengan lamunan
Teruskan melangkah
Pergi kedepan

Andai perlu memandang belakang
Pastikan kita siap sedia
Kerna itu kekuatan diri
Sekian lama tinggalkan kenangan lama
Akhirnya kita sedia hadapi



Adakah Dia?

Mungkin terlalu awal
Ya, amat awal
Tapi seandainya benar
Seandainya DIA makbulkan
Aku benar-benar bahagia

Alhamdulilah
Terima kasih Ya ALLAH
Insyallah
Atas perkenanMu

Akan aku usaha
Demi niat ku
Demi perasaanku
Demi kenangan kami

Moga masih ada tinggalan
Walaupon tinggal cebisan
Aku sanggup

*hye, sorry for everything....
Last seen 2:15am

Panggilan Masuk

Akhir september
Aku dikejut dengan panggilan mu
Ah... aku benar-benar excited
Dalam hati, DIA makbulkan doaku
Aku senyum..

Tatkala aku bersuara "hello"
Sayup suara yang aku rindu
Mampu dengar suara sudah cukop
Bisik hati kecil

"Ada kat mana?"
"I kat office"
"Owh, ok"
"Hurm..."
"K lah, bye..."
Talian dimatikan sebelom aku tanya "kenapa"

Sedikit tersentak dengan perbualan tadi
Namun persoalan lain menerjah ke akal
"Kenapa tiba-tiba?"
"Ada sesuatu ingin dikongsi?"
"Kenapa nada suara seperti sedang berduka?"
Aku biarkan si akal membuat analisa sendiri
Aku menyambung kerja yang berbaki
Namun perasaan ingin tahu
Kian mengambil tempat disudut itu

Aku cuba mencari kepastian
Akhirnya aku temui
Memang benar analisa itu
Namun apakan daya
Aku bukan yang terUtama
Aku sambung kerja berbaki

Tatkala malam menyinggah
Hampir lewat malam
Aku dikejutkan lagi
Panggilan yang sama

"Hello, kat mana?"
"I kat rumah"
"Owh, xpegi bhai?"
"Xpegi..."
"K lah"

Perkara yang sama berulang kembali
Namun kali ini aku xambil hati
Ya, terima peribadinya yang baru
Pesan hati kecilku memujuk jiwaku

Harapan ku masih seperti dulu
Andai kau tahu
Aku akan ada untuk mu
Walau kau bukan siapa-siapa
Untuk diriku lagi

Mencari Identiti

Tika ini,
Aku masih mencari
Siapa diri ini
Siapa disebalik topi itu
Siapa dia gerangan aku

Aku bukan untuk dibangga
Aku juga bukan untuk dihina
Aku hanya insan biasa
Punya perangai hina
Punya peribadi sederhana

Kesilapan yang berkali-kali
Telah merubah persepsi
Telah menghitamkan diri sendiri
Telah dicemar dan dicaci

Aku masih disini
Menganalisa segala maklumat
Maklumat diri sendiri
Maklum balas dari orang sekeliling
Demi aku ingin
Mencari suatu identiti

Identiti untuk diri sendiri
Melenyapkan siapa aku yang dulu
Melupakan kejadian itu

Bermula dengan nafas baru
Walau aku lambat
Biarkan aku

Kerna aku mahu
Ianya berpanjangan
Kerna apa yang aku takuti
"Ianya mengikut musim"
Itu paling aku takuti
Moga DIA ada memerhati gerak geri ku

Kesal

Sejak tragedi itu
Begitu aku kesal

Kesal hingga aku hampir gila
Kesal atas perbuatan sendiri
Kesal atas keegoaan ku sendiri
Kesal atas ketidak acuhanku
Kesal kerna membuat mu begitu
Kesal kerna tiada apa yang mampu
Membuat mu kembali senyum

Namun seperti yang kau ucap dulu
Semuanya sudah terlambat
Segalanya akan tinggal sejarah
Semuanya bukan untuk kita

Kekecelaruan menghantui diri
Segalanya ingin ku ungkap
Segalanya ini ku kenang
Tapi sayang,
Semuanya telah terlambat
Semuanya telah terlepas
Semuanya telah hancur

Hancur berderai
Bak kaca berserak dilantai
Bak mutiara terputus talinya
Bak burung terlepas dari sangkar

Hanya air mata peneman diri
Hanya beri hitam membantu komunikasi
Hanya kesal yang tiada bertepi

Harapan

Tatkala aku sendiri
Pikiran pasti menerawang
Berfantasi
Walhal aku tahu
Ianya xmungkin
Kan terjadi

Namun aku masih mengharap
Aku akan diberi 1 peluang
Untuk yang terakhir kalinya
Ingin aku tebus segalanya

Moga DIA makbulkan doaku

Cincin

Andai aku masih boleh berbicara
Aku nak mintak barang-barang aku
Barang-barang yang aku beri, dan
Paling penting Cincin tu

Memang tiada harga
Namun ia bermakna
Tersimpan segala suka lara
Antara aku, sebelom kau dan kau sendiri
Cincin yang aku mahu
Cincin untuk si bakal halalku
Aku mahukan Cincin itu

Pernah aku minta
Kau buat tak endah
Dengan angkuh "Itu hak aku"
Aku dah terang mengapa aku perlu
Masih lagi kau buat tak tahu

Mari aku ulang sekali lagi
Cincin itu aku beri ketika kita bersama
Dengan harapan kau akan jadi yang halal
Hanya untukku
Namun bukan jodoh kita
Kembalikan Cincin itu
Kerna kau sudah punya yang lain
Biar aku sendiri menyimpan
Segala kenangan
Cincin itu

Interpretasi Songsang

Kau terasa
Bukan aku puncanya
Hanya kerana
Kau tahu
Sedikit cerita
Kau cantum
Kau andai sendiri

Aku?
Hanya mampu melihat
Walau kau caci
Walau dia menghina
Aku hanya membaca
Ya
Pendapat masing-masing

Keberanian bukan Ego
Berdiam bukan Lemah
Akal jadi Saksi
Tahap kematangan kita
Jangan mudah terasa
Bukan kau aku tujukan
Hanya berkongsi Ilmu yang ada



Luka

Sering aku lihat
Bukan kau sahaja
Dia juga
Betapa bahagia bersama

Aku?
Pasti
Berkecil hati
Tekak kering
Bahang tiba-tiba
Namun masih ada senyum
Mungkin dia jodohmu
Dan bukan Aku
Pujuk akalku

Dalam Doa

Segalanya
Indah
Tanpa
Cacat

Melihat dia dari jauh
Walau bukan zahir
Sentiasa temani
Tidur malamku

Namun kini
Tiada segala
Hanya kenangan
Hanya dia dalam doa


Mula

Aku kenali mu
Bermula dengan sapaan
Memulakan langkah
Sebagai sahabat
Berkongsi rasa, tawa

Pulang ke tempat mula
Dengan harapan
Ingin akhiri semua
Namun Ego
Sering menguasai

Akhirnya
Keduanya tumbang
Kau punya ubat
Aku punya kenangan
Kenangan kita
Dimana-mana